Thursday, May 22, 2014

Cara Buat Duit Online dengan 8share


Assalamualaikum. Bismillah.

Entri kali ni sopan berbanding biasa. Online atau melayari internet adalah perkara paling kerap kita lakukan dalam sehari sejak ada kemudahan internet dimana-mana ni. Kita banyak menghabiskan masa dengan dunia atas talian. Tambahan lagi, kebanyakkan kita online menggunakan perkhidmatan berbayar berbentuk sewaan bulanan seperti broadband, streamyx, UniFi jangan cakap la lajunya dan lain-lain perkhidmatan yang tersedia. Bayaran sewa ini bukanlah murah tetapi untuk melanggan perkhidmatan ini kadar sewaan kebanyakannya di atas RM50.

Apa yang sering kita lakukan semasa melayari internet?
1. Facebook
2. Blogging
3. Tengok drama
4. Muatturun lagu/filem/drama
5. Youtube
6. Streaming video sana sani
6. Sedikit maklumat seperti : Berita online etc.

Kita tidak mahu mensia-siakan setiap bulan dengan kita sahaja yang mengeluarkan duit sewa sebanyak RM50 tanpa mendapat sebarang pulangan. Kita perlu bijak memanfaatkan segala yang ada semasa kita online. Jadi, antara cara untuk mendapatkan pulangan/faedah berbentuk upah/duit adalah lebih baik menyertai 8share.

Apa itu 8share
8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru. Untuk lebih banyak soalan lazim, baca sini.
Apa yang anda perlu lakukan? Anda hanya perlu mempromosikan link 8share anda kemudian dapatkan ganjaran setiap klik unik pada link anda.

Ayuh bermula...
1. Berdaftar dengan 8share dahulu. Daftar PERCUMA (Gunakan akaun Facebook anda pun boleh). Daftar disini.

2. Setelah selesai mendaftar, anda bolehlah memilih mana-mana kempen daripada pengiklan.Jika anda berminat dengan kempen tersebut promosikan.

3. 8share akan menyediakan jumlah ganjaran yang mahu diberikan kepada anda. Setiap iklan yang dipromosikan mempunyai nilai harga tertentu mengikut nilai yang ditetapkan. Anda kenalah rajin mempromosikan untuk mendapat ganjaran yang lumayan.
Contoh : Jumlah ganjaran RM5000.00. Anda layak mendapatkan RM10 dari jumlah tersebut. Setiap kali link promosi anda di-klik anda akan mendapat RM0.20 atau apa-apa nilai yang ditentukan oleh pengiklan sehingga habis RM5000.00 tersebut.
4. Anda boleh mempromosikan link iklan anda dengan apa sahaja cara termasuklah melalui Facebook, Twitter, Friendster, MSN, blog, ataupun pada mana-mana laman sosial.

5. Terma dan kondisi : Baca disini 

Cara Menebus Upah
- Tidak perlu kemukakan nombor akaun anda.
- Kaedah kiriman cek atau pemindahan wang ke bank akaun.
- Anda boleh menebus upah anda apabila ianya mencapai nilai matang iaitu RM50.
- Wang akan dimasukkan ke akaun anda (Akaun akan diminta semasa mahu melakukan transaksi).
- Anda juga boleh mengumpulkan dahulu upah itu sehingga melebihi RM50 kemudian baru menebusnya. Ibarat menabung. Nanti bila dah sampai RM1000 ke RM2000 ke, baru tebus. Banyak kan...

Dapatkan pulangan secara online. Manfaat peluang yang ada. Apa tunggu lagi!!

 
 
Semoga info ini memberi manfaat.


0 comments:

Post a Comment