Bahasa Inggeris antara subjek yang dianggap susah semasa di bangku sekolah. Kenapa susah? Pasal yang mahu menganggapnya susah. Al-maklumlah pada usia semuda itu, belum mahir lagi menggunakan teknik berfikir aras tinggi apatah lagi berpikir diluar kotak.
..........
Seorang murid ditanya oleh guru bahasa inggerisnya, "Saipul, buku in english apa?".
"Cehh, cikgu sendiri pun guna bahasa rojak." Itulah sindiran pelajar yang kerap dilontarkan bermonolog.
Nah, kalau cikgu tidak guna macamana pelajarnya mahu faham dengan mudah, maksudnya pada masa itu kita belum berpikir aras tinggi.
Saipul menjawab, "Book, teacher."
"Okay, kalau buku besar in english?"
"Ini senang teacher, big book." jawab Saipul dengan nada bongkak.
"Okay, kalau macam tu buku jatuh pula?", tanya gurunya.
Kali ni Saipul kelihatan agak gusar, kesombongan pudar serta merta. Sambil tergagap-gagap Saipul tetap mencuba untuk menjawab.
"Buuuk...booook..buk..GEDEBUKK!"
Cikgu menunjukkan raut wajah yang menggambarkan bahawa jawapannya salah. Malah bukan sahaja salah tetapi jauh dari betul.

Lebih kurang macam itulah sukarnya mempelajari bahasa inggeris. Kesungguhan yang penting.
Babai!


0 comments:
Post a Comment